* Sebum atau minyak semula jadi pada muka adalah seimbang, tidak terlalu berminyak, tidak terlalu kering
* Tekstur kulit kelihatan lembut
* Liang roma kecil
* Kulit jarang mendapat jerawat atau jerawat ada pada waktu-waktu tertentu seperti pada waktu haid atau stress
* Kelenjar minyak kurang aktif, jadi kurangnya penghasilan sebum
* Tekstur kulit kasar, kadang-kadang mengelupas
* Liang roma kecil atau kadang-kadang tidak kelihatan, kusam tidak berseri.
* Kelenjar minyak sangat aktif, terlalu banyak penghasilan sebum
* Muka kelihatan berkilat dan melekit
* Liang roma besar, jelas kelihatan
* Mudah dijangkiti jerawat kerana liang roma mudah tersumbat dan menyebabkan radang.
KULIT KOMBINASI
* Gabungan ketiga-tiga jenis kulit di atas iaitu kulit biasa, kering dan berminyak
* Secara amnya, bahagian dahi dan hidung (zon-T) berminyak dan kering di bahagian pipi dan dagu
* Liang roma di zon-T kebiasaannya besar dan memudahkan jangkitan jerawat.
KULIT SENSITIF
* Kulit yang nipis dan tegang akibat kekeringan
* Bertompok kemerah-merahan dan menggelupas
* Mudah merengsa jika salah memilih produk
* Mudah kemerahan terutamanya dalam cuaca panas terik matahari
TIP KECANTEKAN:CARA MERAHKAN BIBIR SECARA SEMULAJADI...
Tips
kecantikan. Kali ni saya nak share petua untuk merahkan bibir secara
semulajadi. Kat sini
saya nak bagi 3 tips yang sememangnya saya dah cuba & terbukti
berkesan.
1. Madu lebah asli
Ambil
dua titis madu lebah asli kemudian sapukan keseluruh bibir setiap malam
sebelum tidur. Amalkan setiap hari. Saya gunakan lebah asli yang dibeli
kat Cameron Highland.
2. Susu Ibu
Ya
susu ibu! susu ibu boleh mengekalkan kemerahan bibir.Caranya sapukan
susu pada bibir setiap hari dan biarkan ia kering dengan sendirinya.
Insya Allah bibir akan kelihatan lembut dan kemerah-merahan. Saya
gunakan susu sendiri ♥
3. Halia segar
Bersihkan
sepotong halia segar, kupas kulitnya kemudian tumbuk hingga lumat dan
perah airnya. Gosokkan hampas halia tersebut pada bibir untuk
menghasilkan bibir lebih menawan dan kemerah-merahan. Yang ni agak pijar
& pedas sikit. Tapi hasilnya memang memberangsangkan
- Utamakan memakan buah – buahan dan sayuran
- Bagi para perokok, stop ye !
- Kalo memakai lipstik jangan terlalu tebal atau berlebihan dan jangan terlalu lama lipstik nya kekal di bibir
- Jangan gunakan lipstik ketika tidur
- Kurangi menjilati bibir karena bibir akan menjadi kering
- Gunakan pelembab bibir disiang hariAgar bibir selalu lembab, oleskan pelembab bibir sebelum tidur
tq for your info... ^_^
ReplyDeletewlcm dear... <3
ReplyDelete